Rawatan Alternatif Kanser Usus

Rawatan Alternatif Kanser Usus

Rawatan Alternatif Kanser Usus ? Barah atau kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki di Malaysia. Kanser usus, jika dirawat pada peringkat awal, boleh meningkatkan kadar kemandirian hidup selama 5 tahun kepada 90% untuk tahap pertama.

Malahan kanser usus adalah kanser yang mempunyai peluang untuk pulih meskipun berada pada tahap ke empat dengan menjalani rawatan yang disarankan. Secara amnya, kanser usus adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus).

Apa Itu Usus Besar ?

Usus besar bermula dari bahagian kanan dinamakan ‘caecum’ sehingga ke rektum. Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair. Oleh yang demikian, manusia boleh hidup sempurna tanpa mempunyai usus besar berbanding dengan usus kecil yang fungsinya adalah untuk menyerap air, vitamin dan zat-zat makanan. Oleh yang demikian, manusia tidak boleh hidup tanpa kehadiran usus kecil. Malahan fungsi usus besar boleh diambil alih oleh usus kecil.

Apakah Gejala Barah Usus ?

Berak berdarah

darah bercampur dengan najis, kadangkala najis bewarna hitam seperti kopi. Ini merupakan antara tanda-tanda awal barah usus.

Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit.

Tabiat membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan. Jika kekerapan membuang air besar menjadi terlalu lama, contohnya daripada tabiat hari- hari ke tandas menjadi berkurangan kepada setiap tiga atau empat hari sekali

Cirit-birit

ini merupakan tanda-tanda barah usus di sebelah kiri.

Sembelit diselangi dengan cirit

barah usus yang hampir tersumbat akan menyebabkan najis keras tidak dapat melalui usus besar. Pesakit akan mengalami gejala sembelit pada ketika itu. Najis yang tersumbat ini mempunyai banyak bakteria dan akan ‘membusuk’ di dalam usus, menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus.

Ini menyebabkan najis menjadi lembik dan berair. Pada ketika ini, pesakit akan mengalami gejala cirit. Cirit yang dialami adalah lebih daripada lima kali sehinggakan sesetengah pesakit mengadu tidak dapat mengawal simptom cirit ini. Kitaran sembelit dan cirit akan berulang.

Tidak berak dan kentut serta muntah.

Gejala ini akan berlaku apabila usus sudah tersumbat seratus peratus.

Hilang selera makan dan turun berat badan.

Pesakit akan menjadi kurus serta hilang selera makan dalam jangka waktu yang singkat.

Sakit ‘perut’

gejala yang sangat diambil mudah. Sakit pada bahagian abdomen bergantung kepada kedudukan barah usus.

Tabiat ke tandas, tetapi tiada najis

Pesakit merasakan seperti mahu membuang air besar, tetapi apabila ke tandas, tiada najis yang keluar. Ini adalah disebabkan oleh kanser yang terletak pada bahagian rektum. Apabila ketumbuhan sudah memenuhi rektum, ianya memberikan mesej yang salah kepada badan seolah-olah rektum sudah dipenuhi najis. Sedangkan tiada najis di dalam rektum, yang memenuhinya adalah sel-sel kanser sahaja.

Bagaimana Kanser Usus Disaring ?

Di Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan kanser usus di Klinik-klinik Kesihatan. Ujian yang dilakukan adalah FOBT (Fecal Occult Blood Test). Ujian ini mengkehendaki pesakit untuk memberikan sampel najis untuk diuji kehadiran darah (secara mikroskopi). Jika ujian ini positif, maka pemeriksaan lanjut iaitu endoskopi akan dijalankan untuk menentukan punca kehadiran darah mikroscopi ini. Antara sebab-sebab lain FOBT menjadi positif adalah :

  • Polip usus – daging-daging kecil yang boleh menjadi punca barah usus atau disebabkan oleh keradangan.
  • Angiodysplasia – saluran darah kecil yang tidak normal yang boleh luka di dalam usus lalu menyebabkan pendarahan.
  • Diverticulum – poket di dalam usus disebabkan oleh otot usus yang lemah (faktor usia, sembelit)
  • Ulser perut – ini juga boleh menyebabkan kehadiran darah mikroskopi.

Hanya melalui ujian kolonoskopi, barah usus dapat disahkan. Kolonoskopi merupakan satu prosedur di mana tiub plastik yang berkamera dimasukkan melalui dubur pesakit untuk melihat di dalam usus besar. Prosedur ini membolehkan ruang usus dilihat secara visual dan membolehkan biopsi diambil sekiranya sebarang ketumbuhan dijumpai.

Jika biopsi menunjukkan kehadiran sel-sel kanser, pesakit akan memerlukan ujian lanjut seperti X-ray , Ultrasound, CT Scan atau MRI untuk mengetahui tahap kanser dan memastikan bahawa kanser tidak merebak ke organ-organ lain seperti hati, pundi kencing dan paru-paru.

Adakah Semua Kanser Usus Memerlukan Beg Najis (Stoma) Seumur Hidup ?

Rawatan definitif untuk kanser usus adalah pembedahan. Pembedahan yang dilakukan selalunya akan memotong bahagian usus yang berpenyakit dan menyambungkan semula usus yang telah dipotong atau bahagian usus akan dibawa keluar ke otot perut dan kulit sebagai beg najis (stoma). Namun demikian, tidak semua bahagian kanser usus memerlukan stoma seumur hidup. Hanya kanser usus yang terletak di pangkal rectum iaitu berdekatan dengan injap (otot) yang mengawal kentut dan pembuangan air besar memerlukan stoma seumur hidup. Kebanyakan stoma yang dipasang untuk rawatan pembedahan kanser usus adalah bersifat sementara, namun ini bergantung kepada tahap kanser dan status kesihatan pesakit.

Dengan kehadiran teknologi pembedahan, rawatan pembedahan kanser usus boleh dibuat secara ‘laparoscopic’ atau ’key-hole’ surgery (pembedahan lubang kunci). Luka pembedahan adalah kecil dan proses pemulihan pesakit lebih pantas.

Selain daripada rawatan pembedahan, sesetengah kanser usus memerlukan rawatan susulan seperti kimoterapi dan radioterapi. Ini adalah bergantung kepada tahap kanser semasa dikesan dan status kesihatan pesakit.

sumber: mmgazete

Rawatan Alternatif Kanser Usus Dengan Resveratrol ?

Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang dipanggil phytoalexin atau bahan kimia semulajadi yang dikeluarkankan oleh sesetengah tumbuhan dimana fungsinya adalah sebagai agen pertahanan apabila diserang oleh penyakit dan serangan bakteria atau kulat ataupun pathogen yang lain. Ia terhasil daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Resveratrol boleh didapati daripada tumbuhan, buah-buahan dan bijian. Namun, kulit anggur merah iaitu anggur muscadine mengandungi kandungan resveratrol yang paling tinggi selain rasberi dan kekacang. 

Anggur Muscadine mempunyai ikatan kimia yang jauh berbeza berbanding anggur-anggur yang lain kerana ianya kaya dengan anthocyanins yang mana mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan anti-tumor antaranya menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor termasuklah enzim perebak tumor.

Rawatan Alternatif Kanser Usus Merencatkan Pertumbuhan Sel Kanser

Resveratrol dipercayai dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser selain dapat membina daya ketahanan terhadap kanser di mana terdapat 3 fasa iaitu:

  1. Fasa Pertama – Pada fasa ini, resveratrol bertindak mengurangkan kerosakkan sel-sel sihat yang berpunca dari serangan agen-agen karsinogenik.
  2. Fasa Pertumbuhan – Resvertrol mengaktifkan gen Sirtuin 1 iaitu gen anti-penuaan bagi tujuan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  3. Fasa Pertumbuhan Pesat – Di peringkat ini, resveratrol membantu mempercepatkan proses apoptosis iaitu proses mematikan sel-sel kanser

Lagi Tips Rawatan Alternatif Kanser Usus

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *